Tuesday, 19 February 2013

SISTEM TAGAL LUBUK PINANG, KG. NOTORUS, PENAMPANG

TEMPAT REKREASI, BERSANTAI BERSAMA KELUARGA DENGAN DERUAN AIR SUNGAI MOYOG, SISTEM TAGAL LUBUK PINANG NOTORUS ADALAH TEMPAT YANG BAIK UNTUK SEISI KELUARGA.

KANAK-KANAK YANG BERMANDI MANDA

PELAWAT DARI SEMENANJUNG

IKAN DALAM ZON MERAH

IKAN YANG JINAK

PEMBUKAAN TAGAL (HARVEST FISH) DI LUBUK PINANG NOTORUS.

Pada 16 - 17. febuari 2013, sistem tagal lubuk pinang kg. notorus telah mengadakan pembukaan tagal. Pembukaan tagal ini juga telah disaksikan oleh Timbalan Pengarah Perikanan Sabah En. Jefprin Wong dan PPD penampang En. Tony Anus. Rombongan dari MOU kuala lumpur juga telah datang menyaksikan pembukaan tagal dan demo menangkap ikan secara mamagalis dalam bahasa dusun.
IKan Kelah dan Ikan Sarawi


Rombongan dari MOU Kuala Lumpur

Ikan dalam Zon Merah

Ahli Tagal Lubuk Pinang dengan PPD penampang

Ahli bersama PPD Penampang

Friday, 25 January 2013

PENCEMARAN AIR SUNGAI MOYOG

Sungai moyog yang dulunya jernih air kini telah berminyak hasil daripada kilang memproses tauhu di kg. notorus, jln tambunan penampang. Hasil daripada pemeriksaan AJK tagal Lubuk Pinang notorus, satu saluran paip menuju ke sungai moyog secara haram telah dikesan. Aduan telah dibuat melalui sepujuk surat yang telah dihantar kepada Jabatan Air, Jabatan Air dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan untuk tindakan lanjut. Kita seharusnya memelihara Eko Sistem Sungai kita dan kebersihan supaya ia sentiasa dalam keadaan yang bersih jauh daripada pencemaran. Cintailah Sungai Kita.
                                           Air yang berminyak...
                                          Saluran Paip yg disembunyikan..
                              Sisa Buangan dari kilang memproses Tauhu

Saturday, 22 December 2012

JJ VIDEOGRAPHIC: PERASMIAN TAGAL LUBUK PINANG NOTORUS

JJ VIDEOGRAPHIC: PERASMIAN TAGAL LUBUK PINANG NOTORUS: Perasmian Jawatankuasa Tagal Lubuk Pinang Notorus yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Donald Peter Mojuntin Pada 09. Disember...

Wednesday, 12 December 2012

PERASMIAN TAGAL LUBUK PINANG NOTORUS




Perasmian Jawatankuasa Tagal Lubuk Pinang Notorus yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Donald Peter Mojuntin Pada 09. Disember. 2012. Tagal Lubuk Pinang ini telah dengan jayanya diwujudkan hasil daripada usaha Ahli-ahli tagal yang berjumlah sebanyak 23 ahli. En. Guraim Gueh adalah penyelaras atau Pengerusi Tagal yang mana bertungkus lumus untuk menjadikan kawasan ini sebagai satu kawasan eco pelancongan akan datang.
Hasil daripada kerja sama semua pihak termasuklah Jabatan Perikanan yang mana memberi tunjuk ajar juga bantuan-bantuan yang telah diberikan.





Tuesday, 21 June 2011

SONY DSLR

Sony DSLR A390Y, Full HD Picture with 15-18mm lens and 55-22mm telephoto lens, with live view and OVF...

Tuesday, 24 May 2011

Video Kamera/Kamera Digital

Kamera digital adalah alat untuk membuat gambar dari objek untuk selanjutnya dibiaskan melalui lensa kepada sensor CCD (ada juga yang menggunakan sensor CMOS) yang hasilnya kemudian direkam dalam format digital ke dalam media simpan digital.
Karena hasilnya disimpan secara digital maka hasil rakaman gambar ini harus diolah menggunakan pengolah digital pula semacam komputer atau mesin cetak yang dapat membaca media simpan digital tersebut.
Kemudahan dari kamera digital adalah hasil gambar yang dengan cepat diketahui hasilnya secara instan, kemudahan memindahkan hasil (transfer), dan penyuntingan warna, ketajaman, kecerahan dan ukuran yang dapat dilakukan dengan relatif lebih mudah daripada kamera manual.